Web designer & developer · Malaysia

Satu orang.
Website dan sistem.
Tiada orang tengah.

Saya Hana. Saya bina website yang laju untuk bisnes tempatan, siap dengan sistem di belakangnya: booking, order dan report.

Website dariRM3,500

Harga akhir dalam quotation bertulis selepas analisis keperluan.

08/ demo live
Kedai Shopify/ tema custom
hanastudio.my/demo/newra
Demo Newra: kedai Shopify untuk beg tangan Demo Aria Aircond: servis aircond dengan booking slot secara live Demo Aiman Hartanah: website ejen hartanah dengan CRM Demo Lumira Skin: kedai online skincare Demo Teratak Pakis: homestay yang terima booking sendiri Demo Catatan Farah: blog peribadi Demo Haldrica Energy: website korporat gaya investor relations Demo Aksara Merbau: penerbit buku dengan rak buku 3D
NewraShopify

(01) Proses

Fahami masalah.
Rancang Penyelesaian.

Langkah 1

Analisis keperluan

Saya akan fahami keperluan dan matlamat projek anda sebelum mencadangkan penyelesaian yang sesuai.

Langkah 2

Demo dan persetujuan skop

Demo khusus disediakan atas permintaan dengan bayaran komitmen awal sebanyak RM300. Skop, harga dan tempoh pembangunan akan diperincikan dalam quotation.

Langkah 3

Progress setiap minggu

Pantau perkembangan projek dan status setiap tugasan sepanjang proses pembangunan.

Langkah 4

Pelancaran dan serahan

Saya akan lancarkan projek, tunjuk cara penggunaan dan serahkan akses, panduan ringkas serta source code.

(02) Projek demo

Lapan demo, dibuka satu per satu.

Tujuh demo ialah website penuh dengan dashboard sendiri di belakangnya, dibina dengan Next.js 16, React 19, TypeScript dan Tailwind CSS 4. Yang kelapan ialah kedai Shopify dengan tema custom. Semua boleh dicuba di telefon anda.

01 / 08 · Shopify

Newra

Kedai Shopify untuk beg tangan, dengan tema custom.

Lihat butiran
  • Banner penuh satu skrin di telefon: header di atas gambar, butang Shop now nampak tanpa scroll.
  • Setiap beg ada 3 warna. Pilih warna, gambar terus bertukar.
  • Quick add terus dari kad produk, dan beg yang slide keluar dengan progress free shipping, nota hadiah dan anggaran tarikh sampai.
  • Di desktop, gambar utama besar dengan dua gambar kecil di bawah. Klik untuk tukar.
  • Dibina sebagai tema Shopify: produk, harga, warna dan stok diurus dalam admin Shopify.
Halaman
5
Beg
5
Warna
15

02 / 08 · Booking system

Aria Aircond

Servis aircond dengan booking slot secara live.

Lihat butiran
  • Anggaran harga serta-merta: pilih kuasa kuda, jenis servis dan bilangan unit, nampak harga sebelum beri nombor telefon.
  • Booking ikut slot sebenar: slot yang dah penuh terus hilang, jadi tiada siapa dijanjikan masa yang dah diambil.
  • Semak zon servis ikut poskod, dengan halaman untuk setiap satu daripada 11 kawasan.
  • Dashboard: jadual juruteknik ikut hari dan slot, dan peringatan servis seterusnya untuk setiap pelanggan.
Halaman
39
Skrin dashboard
11
Zon servis
11

03 / 08 · Hartanah

Aiman Hartanah

Website ejen hartanah dengan CRM sebenar di belakangnya.

Lihat butiran
  • Carian yang betul-betul berguna: beli atau sewa, tapis ikut kawasan, jenis, harga dan bilik, simpan dan banding rumah.
  • Kalkulator pinjaman rumah ikut peraturan Malaysia, supaya pembeli boleh jawab soalan pertama mereka sendiri.
  • Permintaan viewing terus buka WhatsApp dengan mesej siap ditulis, dan masuk ke pipeline ejen.
  • Dashboard: pipeline enquiry dari baru hingga closed, kalendar viewing dan laporan lead.
Halaman
23
Skrin dashboard
7
Projek sebenar
6

04 / 08 · Ecommerce

Lumira Skin

Skincare store yang terasa macam brand sebenar.

Lihat butiran
  • 10 formula dan 2 set, setiap satu dengan bahan aktif, senarai penuh bahan dan cara guna.
  • Routine builder: kuiz ringkas yang cadangkan rutin pagi dan malam, dan terus masukkan ke cart.
  • Cart dengan bar free shipping dan kod promo yang betul-betul disemak. Order hanya ditanda bayar selepas payment disahkan.
  • Dashboard: order, fulfilment dan status bayaran, dan stok dengan amaran stok rendah.
Halaman
33
Skrin dashboard
9
Formula
10

05 / 08 · Homestay

Teratak Pakis

Homestay yang terima booking sendiri.

Lihat butiran
  • Kekosongan live: pilih tarikh dan nampak terus unit mana yang kosong daripada 6 unit.
  • Tetamu urus booking sendiri: set masa tiba, tukar tarikh atau batal, dan refund ikut polisi bertulis.
  • Panduan dan peta kawasan: 15 tempat dengan jarak, waktu buka dan yuran.
  • Dashboard: kalendar penginapan (tarik untuk alih booking), bayaran, housekeeping dan laporan occupancy.
Halaman
21
Skrin dashboard
9
Unit
6

06 / 08 · Blog

Catatan Farah

Blog peribadi yang ada wajah dan suara.

Lihat butiran
  • Dibina untuk membaca: bar kemajuan bacaan, senarai kandungan yang ikut anda, dan gambar dengan kapsyen.
  • 12 artikel, setiap satu dengan sumber, angka dan tarikh yang boleh disemak.
  • 5 kategori, 48 tag, arkib dan carian serta-merta.
  • Dashboard: editor Markdown dengan preview live, draf, jadual terbit dan media library.
Halaman
73
Skrin dashboard
9
Tag
48

07 / 08 · Korporat

Haldrica Energy

Syarikat tenaga tersenarai, gaya investor relations.

Lihat butiran
  • Carta keputusan dan pelepasan karbon yang boleh dibaca di telefon, dengan jadual data di belakang setiap carta.
  • Kelestarian dengan sasaran: pelepasan berbanding asas 2019 dan kemajuan ke setiap sasaran 2030.
  • Newsroom yang jalan sendiri, dan permohonan kerja terus masuk ke papan hiring.
  • Dashboard: satu peti masuk untuk investor, media dan pertanyaan umum, dengan pemilik dan balasan.
Halaman
35
Skrin dashboard
8
Peti masuk
1

08 / 08 · Penerbitan

Aksara Merbau

Penerbit dan pencetak buku, dengan rak buku 3D.

Lihat butiran
  • Rak buku 3D: buku berpusing bila tetikus lalu, supaya tulang buku boleh dibaca. Di telefon, sentuh sekali untuk pusing, sekali lagi untuk buka.
  • Katalog 16 judul, setiap satu dengan butiran penuh: penulis, kategori dan harga.
  • Borang hantar manuskrip untuk penulis, dan borang sebut harga cetakan untuk syarikat.
  • Dashboard: papan manuskrip, tempahan cetakan, katalog dan mesej dalam satu tempat.
Halaman
7
Skrin dashboard
6
Judul buku
16

(03) Skop

Apa yang anda dapat.

(04) Soalan lazim

Sebelum kita mula.

Berapa kos buat website?

Website syarikat dari RM3,500. Harga akhir dalam quotation selepas analisis keperluan.

Bayaran RM300 untuk demo khusus tu macam mana?

RM300 tu komitmen awal untuk bina demo khusus anda, dan akan ditolak daripada jumlah kos projek.

Berapa lama nak siap?

Website ringkas beberapa minggu. Yang ada dashboard, booking atau payment lebih lama.

Siapa pemilik website bila dah siap?

Anda. Source code dan content milik anda.

Ada caj bulanan?

Tak wajib. Monthly retainer ialah pilihan selepas launch, untuk jaga website dan sistem anda. Skop dan kadar ditulis dalam quotation.

Saya tak pandai teknikal, boleh ke?

Boleh. Saya tunjuk cara guna masa walkthrough dan tinggalkan panduan ringkas.

(05) Tentang saya

Saya Hana, web designer dan developer.

Kerja harian saya dalam IT Security: jaga sistem dan data syarikat supaya kekal selamat. Sebab tu setiap website dan sistem yang saya bina, data pelanggan anda dijaga dari awal, bukan selepas siap. Semua saya buat sendiri, dan saya ambil beberapa projek sahaja pada satu masa supaya setiap satu dapat perhatian penuh.

(06) Hubungi saya

Ceritakan bisnes anda. Saya cadangkan apa yang patut dibina.

Website dariRM3,500
WhatsApp saya